ATURAN SKIM PINJAMAN PERSENDIRIAN
ATAU PEMBIAYAAN ISLAM
KOPERASI KONSUMER MALAYSIA BERHAD

1. TAJUK

1.1 Aturan ini diberi nama ‘Aturan Skim Pinjaman Persendirian atau
Pembiayaan Islam Koperasi Konsumer Malaysia Berhad”.

1.2 Aturan ini diwujudkan dibawah Akta mengikut seksyen 51 Akta Koperasi 1993 dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi ini.

2. TUJUAN

2. Tujuan aturan pinjaman / pembiayaan Islam ini adalah untuk :-

2.1 Menjelaskan perlaksanaan aktiviti pemberian pinjaman persendirian/pembiayaan Islam secara lebih terperinchi.

2.2 Memastikan kelancaran dan kesempurnaan perjalanan aktiviti ini.

3. SKIM PINJAMAN PERSENDIRIAN / PEMBIAYAAN ISLAM

3.1 Skim pinjaman persendirian/pembiayaan Islam adalah untuk pelbagai tujuan keperluan peribadi dan tidak termasuk didalam lain-lain pinjaman/pembiayaan Islam.

3.2 Had pinjaman persendirian/pembiayaan Islam adalah minima sebanyak RM2,000.00 dan maksima sebanyak RM200,000.00 sahaja dan bayaran yang dibenarkan untuk dibayar balik adalah maksima selama tempoh 10 tahun

4. FAEDAH PINJAMAN ATAU KEUNTUNGAN

4.1 Kadar faedah /keuntungan yang dikenakan adalah antara 8.5% – 9.5% iaitu mengikut jumlah pinjaman/pembiayaan Islam dan kadar faedah/keuntungan yang diluluskan oleh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi.

4.2 Kadar faedah/keuntungan yang tersebut diatas boleh dipinda oleh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi dari masa ke semasa setelah mengambil kira kadar faedah/pembiayaan Islam pasaran.

4.3 Dalam perkiraan faedah/keuntungan yang perlu dibayar balik secara ansuran bulanan yang sama banyak nilainya sepanjang tempoh yang ditetapkan bagi bayaran balik sesuatu pinjaman/pembiayaan Islam maka sebarang sen (fractions) dalam perkiraan faedah/keuntungan akan dibulatkan (rounded off) ke sepuluh sen yang lebih dekat berikutnya (the nearest ten cents).

4.4 Faedah/keuntungan sebulan dengan sepenuhnya bagi sesuatu pinjaman/pembiayaan Islam itu akan dikenakan kali pertama (first instance) ditolak daripada jumlah pinjaman/pembiayaan Islam yang diluluskan itu terlebih dahulu sebelum cek dikeluarkan. Dalam keadaan yang luarbiasa sekiranya anggota berkenaan hendak membayar/menjelas terlebih dahulu sebelum cek dikeluarkan boleh terima tertakluk kepada kelulusan Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi.

4.5 Jika anggota enggan untuk bersetuju bayar faedah/keuntungan pertama yang dikenakan maka Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi berhak untuk menolak sebarang pinjaman/pembiayaan Islam yang diluluskan itu.

5. KELAYAKAN MEMOHON PINJAMAN/PEMBIAYAAN ISLAM

5.1 Kelayakan memohon pinjaman/pembiayaan Islam adalah seperti berikut :-

5.1.1 Telah mencapai usia 18 tahun;
5.1.2 Telah menjadi anggota Koperasi ini;
5.1.3 Telah menjelaskan / membayar modal syer sepenuhnya sebanyak RM100.00 dan bayaran masuk sebanyak RM20.00.

5.1.4 Pelanggan berkeupayaan untuk membayar balik jumlah pinjaman/pembiayaan Islam berserta dengan faedah/keuntungan dalam tempoh yang ditetapkan secara potongan gaji melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa atau lain-lain cara yang dipersetujui oleh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi tanpa mengalami sebarang kerumitan.

5.1.5 Lain kelayakan yang diputuskan oleh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi dari masa ke semasa.

5.1.6 Dibawah aturan ini Koperasi bolehlah setelah bukti yang mencukupi diberi kepada salah seorang pegawai mengenai maksud pelanggan meminjam, memberi pinjaman/pembiayaan Islam sejumlah mana yang difikirkan sesuai kepada mana-mana anggota Koperasi ini tertakluk kepada had-had serta syarat-syarat yang termaktub dalam aturan-aturan ini dan lain-lain had serta syarat-syarat yang akan dikuatkuasakan oleh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi dari masa ke semasa dan keputusan Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi terhadap semua perkara mengenai pinjaman/pembiayaan Islam dibawah aturan-aturan adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.

6. BAYARAN BALIK PINJAMAN PERSENDIRIAN/PEMBIAYAAN ISLAM

6.1 Bayaran balik pinjaman persendirian/pembiayaan Islam mestilah melalui potongan gaji ANGKASA atau ‘arahan bank’. Walaubagaimanapun jika dipersetujui oleh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi bayaran balik boleh dibuat dengan cara lain.

6.2 Tempoh bayaran ansuran yang ditetapkan tidak boleh melebihi lima belas tahun. Koperasi berhak menentukan jumlah pinjaman /pembiayaan Islam dan tempoh bayaran ansuran dengan membuat penilaian kemampuan anggota.

6.3 Bagi pinjaman/pembiayaan yang dijelaskan lebih awal akan diberikan rebet, mengikut amalan perakaunan. Walaubagaimanapun perkara tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi dari masa ke semasa.

7. PERJANJIAN

7.1 Setiap permohonan hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya satu orang penjamin (jika perlu) dan jumlah menjamin yang dikenakan keatas peminjam-peminjam itu hendaklah menepati keseluruhan pinjaman/pembiayaan Islam itu.

7.2 Penjamin hendaklah membiayai kesemua ansuran pinjaman/pembiayaan Islam yang diberikan kepada pemohon jika sekiranya pemohon tidak dapat membayar balik ansuran pinjaman/pembiayaan Islam itu mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.

7.3 Seseorang penerima pinjaman/pembiayaan Islam yang tidak memberitahu Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi mengenai kematian atau tidak mampu bagi menunaikan tanggungannya akan dituntut supaya membayar balik pinjaman/pembiayaan Islam itu dengan serta merta.

8. INSURAN/PERLINDUNGAN

8.1 Setiap penerima pinjaman/pembiayaan Islam yang diluluskan dikehendaki mengambil polisi insuran yang ditetapkan oleh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi dan kos polisi insuran tersebut ditanggung oleh penerima pinjaman/pembiayaan Islam.

8.2 Permohonan adalah dikehendaki bersetuju untuk membayar sekurang-kurangnya suatu amaun sekadar yang ditetapkan atas jumlah pinjaman/pembiayaan Islam yang diluluskan kepada Perlindungan Insuran hanya sekali setiap kali ia diberi sesuatu pinjaman/pembiayaan Islam.

8.3. Perlindungan Insuran hanya akan melindungi baki pinjaman/pembiayaan Islam anggota yang meninggal dunia (bukan bunuh diri) dan mengalami kecacatan kekal (tidak dapat meneruskan kerjanya).

8.4 Jadual pembayaran insuran adalah ditetapkan oleh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi dari masa ke semasa.

9. BAYARAN PROSES PINJAMAN PERSENDIRIAN/PEMBIAYAAN ISLAM

9.1 Bayaran proses pinjaman/pembiayaan Islam akan ditetapkan oleh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi dari masa ke semasa.

10. PERMOHONAN PINJAMAN PERSENDIRIAN/PEMBIAYAAN ISLAM

10.1 Semua permohonan pinjaman persendirian/pembiayaan Islam hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi atau borang lain yang ditetapkan oleh Koperasi dari masa ke semasa dan hendaklah dikemukakan terus ke pejabat Koperasi Konsumer Malaysia Berhad.

10.2 Pelanggan mesti mengemukakan salinan kad pengenalan serta salinan asal penyata gaji yang terbaru.

10.3 Pelanggan adalah dikehendaki bersetuju tidak akan berhenti menjadi anggota sehingga tanggungan kepada Koperasi ini sama ada sebagai pelanggan atau penjamin dijelaskan.

10.4 Adalah menjadi kewajipan Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi menentukan penjamin-penjamin baharu diperolehi apabila diketahui bahawa penjamin-penjamin bagi sesuatu pinjaman/pembiayaan Islam itu mati atau berhenti menjadi ahli ataupun tidak mampu untuk menyempurnakan syarat-syarat jaminannya.

11. BAYARAN BALIK BULANAN

11.1 Bayaran balik bulanan hendaklah dilaksanakan tidak lewat dari tarikh akhir bulan setiap bulan kalendar melalui salah satu cara seperti berikut :-

11.1.1 Melalui potongan gaji oleh majikan kepada Biro Perkhidmatan Angkasa

11.1.2 Dengan wang kiriman pos atau wang pos kepada Koperasi dengan kelulusan Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi.

11.1.3 Mengarahkan bank-bank sipelanggan membuat permindahan yang perlu setiap bulan kepada Koperasi ini dengan kelulusan Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi.

11.2 Sebelum tindakan potongan gaji dijalankan oleh Biro Perkhidmatan Angkasa pelanggan dikehendaki membayar ansuran bulanan secara terus/sendiri kepada Koperasi.

11.3 Pelanggan dikehendaki membayar ansuran bulanan pendahuluan sebanyak 2 bulan atau jumlah yang ditetapkan oleh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi jika perlu.

12. BORANG PERJANJIAN

Tidaklah menjadi suatu kesalahan jika pihak Koperasi dan pihak pelanggan bersetuju agar borang perjanjian di isi dan ditandatangani terlebih dahulu dan kemukakan kepada Koperasi ini bersama dengan borang permohonan pinjaman/pembiayaan Islam bagi kemudahan kedua belah pihak.

13. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi mempunyai kuasa untuk mengikut pelanggan dan/atau penjamin-penjamin (jika ada) dengan terma-terma serta syarat-syarat tambahan dari masa ke semasa mengikut keadaan semasa sebelum meluluskan pinjaman/pembiayaan Islam.

14. PELANGGARAN ATURAN-ATURAN

Sekiranya anggota yang berkenaan melanggar aturan-aturan ini koperasi ini secara ipso-facto setelah memberi 14 hari notis bertulis menarik perhatian anggota itu mengenai kegagalannya mematuhi aturan-aturan ini memperolehi kembali sepenuhnya jumlah baki pinjaman/pembiayaan Islam berserta dengan faedah atau keuntungan yang masih belum dibayar kembali dari anggota berkenaan dan/atau penjamin secara bersama dan beramai-ramai sebagaimana Koperasi ini akan sendiri memutuskan dalam tempoh 3 bulan sesudah melanggar peraturan ini.

15. KEMUNGKIRAN JANJI DAN MEMBUAT PEMBAYARAN

15.1 Sekiranya sebarang ansuran tidak dijelaskan dalam tempoh 3 bulan berturut-turut mana ianya mesti dibayar setiap bulan maka anggota akan dikehendaki membayar faedah tambahan/denda bayar lewat atas kadar tidak melebihi satu perpuluhan lima (1.5%) peratus sebulan keatas ansuran yang dimungkiri dari tarikh mana ansuran seharusnya perlu dibayar sehingga tarikh pembayaran dibuat terhadap jumlah yang dimungkiri itu. Pengiraan faedah/denda bayar lewat “Default Interest” adalah berasaskan kepada jumlah pinjaman/pembiayaan Islam yang belum selesai dalam rekod Koperasi ini. Sesuatu bulan atau sebahagian darinya akan dianggap sebagai satu bulan genap bagi maksud mempertimbangkan pembayaran yang dimungkiri.

15.2 Mungkiri janji terhadap membayar ansuran bulanan sebagaimana telah dipersetujui atau kegagalan majikan memotong atau kegagalan membayar melalui bank ansuran bulanan sebagaimana di persetujui tidak akan menjejaskan hak-hak Koperasi ini dibawah peraturan-peraturan ini.

15.3 Sekiranya pelanggan memungkiri janji serta tiada membayar ansuran pinjaman/pembiayaan Islam lebih daripada 3 bulan berturut-turut Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi berhak untuk menutup akaun pinjaman/pembiayaan Islam dan kutip daripada penjamin (jika ada) seorang atau beramai-ramai dengan cara yang sesuai difikirkan patut oleh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi.

15.4 Segala bayaran pos., peguam sipemungut hutang tindakan mahkamah dan lain-lain kos seharus ditanggung oleh si pelanggan dan atau penjamin-penjamin.

16. TANGGUNGAN PENJAMIN

Penjamin-penjamin (jika ada) dikehendaki bersetuju untuk mengakui bahawa mereka bersama dan beramai-ramai adalah bertanggungjawab keatas pinjaman/pembiayaan Islam yang diberi kepada pelanggan dan sekiranya berlaku pemungkiran janji atau kegagalan dalam pembayaran ansuran bulanan atas sebarang sebab yang ditimbulkan oleh sipelanggan, mereka akan secara bersama dan/atau beramai-ramai membayar balik sepenuhnya baki yang perlu dibayar dalam tempoh satu bulan setelah diberitahu secara bertulis untuk berbuat demikian. Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi boleh mengikut budibicaranya meperolehi semula dari sebarang atau semua penjamin-penjamin jumlah pinjaman/pembiayaan Islam atau baki yang tinggal dalam tempoh yang ditumpukan oleh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi.

17. PINJAMAN/PEMBIAYAAN ISLAM BERTINDIH

17.1 Permohonan bagi sesuatu pinjaman/pembiayaan Islam bertindih tidak digalakkan sehingga jelas/bayar separuh baki pinjaman/pembiayaan Islam kecuali dalam kes-kes berupa segera dan serta merta yang boleh terima oleh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi dan yang mana mengikut pendapat Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi merupakan munasabah dan kecemasan.

17.2 Sebarang hutang atau jumlah yang perlu dibayar balik kepada Koperasi ini oleh pelanggan terhadap sesuatu pinjaman/pembiayaan Islam yang telah diberi sebelum ini kepada pelanggan itu dibawah aturan-aturan ini atau sebarang pinjaman/pembiayaan Islam atau jumlah yang wajib dibayar akibat dari lain-lain liabiliti atau liabiliti-liabiliti incurred oleh pelanggan itu dengan koperasi ini akan diselaraskan (offset) dari pinjaman/pembiayaan Islam bertindih.

17.3 Anggota yang diberi pinjaman/pembiayaan Islam bertindih akan mendapat semua kemudahan yang di perolehi oleh anggota yang menyelesaikan pinjaman/pembiayaan Islam lebih awal dari tempoh yang ditetapkan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi.

18. PINJAMAN/PEMBIAYAAN ISLAM BUKAN HAK ANGGOTA.

Tiada anggota boleh menuntut sesuatu pinjaman/pembiayaan Islam sebagai suatu hak dibawah peraturan ini dan Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi ini berhak menggunakan budibicara mutlak mereka untuk :

18.1 Menolak sesuatu pinjaman/pembiayaan Islam tanpa memberi sebarang sebab.

18.2 Menghadkan amaun pinjaman/pembiayaan Islam tertakluk kepada aturan.

18.3 Menolak semua atau sebarang jaminan yang ditawarkan.

18.4 Menolak permohonan sekiranya borang pinjaman/pembiayaan Islam tidak diisi dengan lengkap dan rosak.

19. MELEBIHI PERUNTUKAN

Apabila permohonan-permohonan untuk pinjaman/pembiayaan Islam yang diterima oleh Koperasi ini didapati melebihi dari peruntukan skim pinjaman persendirian/pembiayaan Islam ada maka nama-nama pelanggan akan didaftarkan dalam senarai menunggu dan pinjaman/pembiayaan Islam akan diluluskan mengikut peruntukan skim pinjaman persendirian/pembiayaan Islam yang terdapat dari masa ke semasa dan atas budibicara sepenuh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi.

20. AM.

20.1 Koperasi ini adalah sebuah organisasi Koperasi yang berkehendakkan anggota-anggotanya sentiasa mematuhi perinsip-perinsip koperasi dan menyokong semua koperasi yang didaftarkan dibawah Akta Koperasi, peraturan-peraturan yang diperbuat dibawahnya dan undang-undang kecil koperasi ini.

20.2 Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan skim pinjaman persendirian/pembiayaan Islam anggota-anggota Koperasi ini mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam aturan-aturan dan juga jika perlu syarat-syarat/terma tambahan

20.3 Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi diberi kuasa sepenuhnya oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan untuk menggunakan budibicara bagi menggantungkan pada bila-bila masa operasi aturan-aturan skim pinjaman persendirian/pembiayaan Islam atau mengenakan sekatan keatas operasinya dari masa ke semasa sekiranya didapati perlu.

21. PERTIKAIAN

21.1 Jika berbangkit sebarang perselisihan faham diatas aturan-aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi

21.2 Sekiranya tiada maklum balas dalam tempoh tiga bulan dari pertikaian kepada Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi maka hendaklah dirujuk kepada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi yang akan datang untuk penyelesaian dan segala keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi adalah muktamad.

22. LAIN-LAIN

22.1 Apa-apa yang tidak terkandung dalam Aturan ini adalah menjadi tanggungjawab Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi untuk memutuskannya. Apa-apa keputusan Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi adalah muktamad.

22.2 Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi mempunyai kuasa meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana peruntukan dalam aturan ini jika di fikirkan perlu demi kepentingan Koperasi.

23. KUASA KEBENARAN ATAS PINJAMAN PERSENDIRIAN/PEMBIAYAAN ISLAM

Pinjaman/pembiayaan Islam yang disediakan oleh Koperasi bukanlah suatu hak tetapi adalah hanya satu kemudahan yang tertakluk kepada aturan-aturan diatas dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Koperasi atau Jawatankuasa Pengurusan Koperasi dari masa ke semasa.

PERSETUJUAN

Diakui aturan-aturan menjalankan Aktiviti-aktiviti Skim Pinjaman Persendirian/Pembiayaan Islam ini telah dibentang, dibincang dan diterima dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad yang diadakan pada dua puluh sembilan haribulan Jun tahun dua ribu sembilan.

…………………………………………. ……………………………………. …………………………………….